Selasa, 21 Jun 2016

Tips Semburan Baja Foliar Pada Tanaman

Penyembur Kabus
Semburan Kabus Pada Daun Tanaman
Teknik pembajaan secara foliar telah diakui semakin popular.
Ini kerana pokok lebih mudah menyerap nutrien air semburan baja
berbanding baja jenis butiran.

Untuk bahasa yang mudah baja foliar adalah baja air 
yang disembur pada batang dan daun pokok.

Untuk meMAKSIMAkan penyerapan baja foliar
dan juga perkembangan pokok.

Disini ada beberapa tips membaja
baja jenis foliar


Kadar bancuhan baja foliar ezigrow dan kandungan terdapat di belakang botol

1. Kawal Kadar Bancuhan Baja Foliar

biasanya terdapat panduan di belakang botol
kadar perlu dikuti berdasarkan jenis tanaman
ini bagi memastikan tanaman tidak ter "overdose" atau terbakar
dan penjimatan dapat dikawal
Jika tidak pasti mula dengan kadar yang rendah.



2. Guna Air Hujan atau Telaga

Sebaiknya guna air hujan atau telaga
ini kerana air jenis ni tidak mempunyai klorin
namun berhati-hati dengan air telaga
periksa dulu kawasan tanah persekitaran.
Dikhuatiri airnya tidak setulen air tanah
kerana tercemar akibat kesan baja kimia dan sebagainya.


3. Semburan Halus

semburan halus baja foliar juga membantu
penyerapan baja ke dalam daun tanaman.
Terdapat pelbagai jenis alat semburan.
Jika tanaman terlalu luas,
disarankan beli mesin semburan seperti dalam gambar.



4. Semburan Waktu Pagi atau Petang

Semburan waktu ini adalah sesuai
kerana suhu lebih rendah
dan baja foliar tidak tersejat oleh panas matahari.
Suhu yang sejuk
akan mengakibatkan liang stoma terbuka luas.
Ini memudahkan baja foliar diserap oleh tanaman.


5. Semburan Bahagian Bawah Daun

Ini kerana bahagian bawah daun
mempunyai liang stoma yang lebih banyak daripada atas.
Bahagian atas daun terdedah kepada cahaya matahari terus.
Sebab itulah jumlah stoma di bahagian atas kurang daripada bawah.
Untuk mengawal kadar sejatan air.


6. Penggunaan Bahan Wax atau Sticker Foliar

Pengunaan bahan ini untuk mengelakan air baja foliar
daripada jatuh ke tanah.
Ini juga dapat memaksimakan penyerapan baja foliar pada daun.


Contoh Wax agent
untuk membantu penyerapan baja foliar.


Tips ini diharap dapat membantu proses pembajaan tanaman
dengan kaedah baja foliar.

Baja Foliar Ezigrow Hotline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan